
KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SELARAS DENGAN PENGREDAN BARU SPM
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011
1. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT
a. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
b. Markah Akademik (90%) : Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja,
iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.
c. Markah Kokurikulum (10%) : Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penglibatan aktiviti
dalam empat (4) komponen iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan,
Pasukan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
2. DASAR PENENTUAN ALIRAN
a. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
· Aliran Sains
· Aliran Sastera
b. Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai
4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :
ALIRAN SAINS ALIRAN SASTERA
Matematik Bahasa Malaysia
Matematik Tambahan Matematik
Fizik Sains
Kimia Sejarah
Biologi atau mata pelajaran
berikut : Pengajian Kejuruteraan
Awam / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal / Reka
Pengajian Islam……….
Sumber: http://upu.mohe.gov.my
(
Download Di Sini)